Ahad, 8 September 2013
Pasukan Asuma... :)
Nama | Gambar | Penerangan |
---|---|---|
Pasukan Asuma | ||
Yamanaka Ino | Ino merupakan kawan Haruno Sakura yang pertama dan banyak membantu Sakura membentuk identiti diri, lalu mereka menjadi kawan baik. Tetapi apabila Sakura mula menyukai Uchiha Sasuke yang juga lelaki idaman Ino, dia telah menamatkan hubungan mereka dan menjadi musuh ketat semenjak hari itu untuk mendapatkan perhatian Sasuke. Namun tidak dihiraukan langsung oleh Sasuke. Pertarungannya dengan Sakura dalam Ujian kelayakan Chuunin menunjukkan kekuatan mereka setanding. | |
Nara Shikamaru | Pada mulanya, Shikamaru merupakan ninja tahap rendah yang malas dan tetapi bijak. Dia berasal dari keluarga yang boleh memanipulasikan bayang. Teknik utamanya ialah "Kagemane no Jutsu" (Teknik Peniruan Bayang). Shikamaru ialah seorang ahli strategi yang bijak dan licik, dan sering bermain Go dan Shōgi dengan gurunya, Sarutobi Asuma tetapi Asuma tidak pernah menang. Asuma berasa pelik kerana markah ujian Shikamaru semasa Akedemi Ninja adalah amat rendah, sedangkan Shikamaru amat tangkas dalam permainan Go dan Shōgi. Justeru, Asuma telah memberi satu ujian IQ kepada Shikamaru, dan terkejut apabila keputusan ujian tersebut telah menunjukkan Shikamaru merupakan seorang genius dengan markah IQ melebihi 200. Hanya kerana Shikamaru malas menjawab soalan dan selalu tidur dalam ujian mahupun kelas, menyebabkan dia mendapat markah rendah dalam ujian. Shikamaru telah lama bersahabat dengan Akimichi Chōji. Kerjasama antara mereka tidak dapat ditandingi. Nyaris menewaskan Temari dalam Ujian Kelayakan Chuunin tetapi akibat kehabisan chakranya, dia telah mengaku kalah. Merupakan Genin pertama dijadikan Chuunin. | |
| Akimichi Chōji berasal dari puak Akimichi, salah satu dari empat puak penting di Kampung Daun. Sebagai seorang dari puak Akimichi, Choji telah mempelajari teknik rahsia puaknya, iaitu "Baika no Jutsu" ("Teknik Pelbagai Saiz"), dan teknik lain yang berkaitan. Dia dimotivasikan dengan makanan, dan benci apabila orang memanggilnya gemuk. Namum demikian, dia tidak menyembunyikan bahawa dia amat suka makan, dan juga memakai baju yang tertulis "makanan". |
Pasukan Kakashi.
Nama | Gambar | Penerangan | |
---|---|---|---|
Pasukan Kakashi | |||
Uzumaki Naruto | Dia merupakan anak kepada Hokage ke-4, Minato Namikaze. Dia mempunyai seekor musang Jinchuriki (raksasa syaitan) berekor sembilan (Kyuubi) yang bernama Kurama yang dikurung di dalam badannya oleh Ayahnya juga dan seorang shinobi wanita yang berambut merah yang berasal dari Kampung Peralihan, Uzumaki Kushina yang telah terkorban semasa pertempuhan. Seorang yang nakal dan lucu tetapi bersemangat tinggi serta tidak mudah mengaku kalah. Kadang kala dia sangat serius dalam perlawanan. Anak didik kepada salah seorang 3 Lagenda Sennin, Jiraiya (juga guru kepada ayahnya). Haiwan seruannya ialah Gamabunta Raja Segala Katak dan anaknya, Gamakichi. Dia mempunyai Jutsu yang hebat seperti Rasengan (bola angin) dan Kage Bunshin (Teknik membahagi bayang). | ||
Uchiha Sasuke | Seorang pelajar lelaki yang kacak dan digilai oleh Sakura dan Ino, pada mulanya dipandang oleh Naruto sebagai seorang pesaing tetapi lama-kelamaan menjadi kawan baiknya. Berketurunan Uchiha, hanya dia sahaja yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai oleh abangnya. Sasuke menyimpan dendam terhadap abangnya, Uchiha Itachi. Memiliki teknik mata Sharingan. Anak didik atau lebih kepada salah seorang 3 Lagenda Sennin, Orochimaru dan akhirnya Orochimaru dibunuh olehnya. Selepas Sasuke membunuh Orochimaru dan abangnya, dia menyertai Akasuki untuk memusnahkan kampung Konoha dan akhirnya mengubah fikirannya untuk berkerjasama dengan Naruto untuk menewaskan Tobi yang telah menjelma sebagai Raksasa Syaitan berekor sepuluh. | ||
Haruno Sakura | Seorang gadis yang menjadi tumpuan Naruto dan Rock Lee. Mahir dalam mengawal chakra dan mempunyai tumbukan yang amat kuat. Anak didik kepada salah seorang 3 Lagenda Sennin, Tsunade yang telah menjadi Hokage ke-5 (Godaime). | ||
Hatake Kakashi | Seorang shinobi (ninja) tahap Jonin yang diamanahkan kepada Pasukan 7 tersebut yang terkenal dengan teknik mata Sharingan (写輪眼) yang membolehkannya menyimpan dalam ingatan teknik ninja lawan yang diperhatikannya. Anak murid kepada Hokage ke-4. Mukanya sentiasa bertutup dan tidak pernah dilihat oleh orang lain kecuali pemilik Ichiraku Ramen dan pembantunya. | ||
Sai | Seorang shinobi tahap ANBU yang telah dimasukan di dalam Pasukan 7 mengantikan Sasuke. Pada asalnya dia tiada nama. Dia sangat mahir dalam melukis dan mengunakan Jutsu untuk menghidupkan lukisannya untuk menyerang musuhnya. | ||
Yamato | Seorang shinobi tahap ANBU yang telah dimasukan di dalam Pasukan 7 semasa Kakashi dalam hospital. Nama sebenarnya tidak diketahui. Nama kod dia iaitu Tenzō. Dia mempunyai kelebihan iaitu Jutsu kayu. |
Kakashi Hatake.
Kakashi Hatake (はたけカカシ Hatake Kakashi?) merupakan salah seorang watak penting dalam siri animasi dan manga popular di Jepun Naruto. Walaupun nama watak ini ditulis di dalam tulisan 'kana' Jepun, nama keluarga watak ini, "Hatake" boleh ditulis di dalam tulisan kanji Jepun dan membawa maksud 'ladang penternakan' ataupun'pahlawan daun'. Maksud penterjemahan "Hatake" ialah "kebun tanaman" dan "Kakashi" pula bermaksud "orang-orang". Cukup pelik dan ironi, Naruto pernah menggunakan sebuah orang-orang untuk berlatih menentang Kakashi sebelum ujian pertama Kumpulan Ke-7. Sakura pula dipermainkan Kakashi apabila Kumpulan ke-7 cuba melihat wajah sebenar Hatake Kakashi disebalik topeng mukanya, di mana Kakashi menggunakannya untuk melarikan diri dari Sakura. Hatake Kakashi merupakan seorang watak yang terkenal, dan ia kerap kali mendapat tempat 5 ke atas dalam pola rasmi majalah Shonen Jump. Kakashi berjaya meraih tempat pertama sebanyak 2 kali.
Latar belakang
Kakashi merupakan salah seorang dari Jonin dari perkampung ninja Konoha di Negara Api. Kakashi juga merupakan pemimpin terkini dalam Pasukan 7 yang pada awalnya terdiri daripadaUzumaki Naruto, Haruno Sakura dan juga Uchiha Sasuke. Dia juga turut dikenali di persada dunia ninja dengan gelaran "Ninja Peniru Kakashi" ataupun "Sharingan Kakashi" kerana kebolehan yang diperolehnya melalui mata Sharingan pada mata kirinya. Mata ini telah membantunya meniru sekurang-kurangnya 1000 jurus ninja sewaktu pertempuran. Namun demikian, mata Sharingannya bukanlah miliknya tetapi mendiang kawan karib dan rakan seperjuangannya Uchiha Obito.
Walaupun Kakashi mengatakan dalam episod 3 bahawa dia mempunyai banyak hobi, cuma satu sahaja yang sering dilakukannya iaitu membaca novel dewasa ""Icha Icha Paradise" (イチャイチャパラダイス Icha Icha Paradaisu?, ataupun "Syurga Asmara") hasil karya Jiraiya yang terkenal di dalam dunia Naruto. Kakashi sering dilihat membaca novel ini sewaktu menjalankan misi bersama Pasukan 7 dan dalam Naruto: Shippudden, Kakashi dilihat pula membaca siri ketiga novel tersebut yang bertajuk "Icha Icha Tactics".
Kakashi mempunyai pertarungan yang nampaknya tidak akan berakhir dengan Maito Gai; Gai sentiasa mengisytiharkan Kakashi sebagai lawannya dan selalu mengajaknya bertanding. Sikap bena tak bena Kakashi pula sering membangkitkan ketidakpuasan Gai. Sehingga kini, Kakashi telah memenangi 49 daripada 99 cabaran yang dimulakan oleh Gai. Jelas sekali, Gai amat bangga terhadap kejayaannya. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan merangkumi larian pecut 100 meter, sumo, makan ramen dan juga 'Batu, Kertas, Gunting'.
Kehidupan peribadi Kakashi adalah suatu misteri yang belum dapat disangkal. Misalnya, wajah sebenar Kakashi masih belum diketahui kerana sebahagian besar mukanya disembunyikan di sebalik topeng. Dia tidak mempunyai sanak saudara dan telah mengatakan bahawa orang yang disayanginya telah pun meninggal dunia. Kakashi pernah disalah sangka sebagai "Taring Putih Konoha", Hatake Sakumo (sebenarnya, Kakashi merupakan anak kepada Taring Putih Konoha). Dalam episod 101, Pasukan 7 cuba sedaya-upaya untuk menanggalkan topeng Kakashi tetapi tidak berdaya. Namun, dipercayai wajahnya agak tampan jika mengambil kira reaksi Ayame dan ayahnya yang berjaya melihat rupa sebenar Kakashi ketika Kakashi makan ramen.
Sejarah
Seperti ayahnya yang kemahiran bertempur boleh disamakan dengan Tiga Lagenda, Kakashi dianggap sebagai ninja genius yang berjaya menamatkan pengajian di Akademi Ninja pada usia 5 tahun dan menjadi Chunin ketika berusia 6 tahun. Beberapa tahun selepas pencapaian ini, nama ayah Kakashi tercalar kerana Sakumo memilih untuk menyelamatkan rakan-rakannya daripada menamatkan misi yang telah diamanahkan. Oleh sebab berasa amat malu, Sakumo membunuh diri dengan Kakashi sebagai saksi. Sebagai akibatnya, Kakashi sangat mematuhi peraturan terutamanya peraturan shinobi 'kejayaan misi perlu diutamakan dan diletak sebelum kebajikan dan keselamatan rakan seperjuangan'. Kakashi menjadi seorang yang angkuh, muram dan rigid.
Pada usia 13 tahun, Kakashi menjadi Jounin. Sebagai ganjaran, Kakashi ditugaskan untuk mengetuai pasukannya dalam misi sabotaj untuk meletupkan sebatang jambatan bagi menghalang pasukan Iwagakure daripada menyeludup masuk ke Negara Rumput. Selepas misi ini dimulakan, pasukan Kakashi bersemuka dengan pihak lawan dan klonnya. Kakashi melihat kejadian ini sebagai peluang yang baik untuk mencuba jurus barunya, Chidori. Kakashi berjaya menewaskan beberapa klon tetapi gagal menentukan kedudukan ninja yang sebenar. Setelah bahunya dicederakan oleh ninja lawan, Hokage Keempat menyelamatkan Kakashi. Yang Keempat kemudiannya menegah Kakashi daripada menggunakan jurus tersebut kerana kelajuan Chidori menyebabkan penggunanya tidak dapat melihat dan bersedia untuk menangani tindakan lawan. Setelah Yang Keempat meninggalkan pasukannya untuk bertempur di barisan hadapan, rakan sepasukan Kakashi, Rin telah diculik oleh pihak lawan. Obito mahu menyelamatkan Rin tetapi Kakashi mengatakan bahawa tumpuan harus dicurahkan kepada misi; Kakashi tidak mahu melakukan kesilapan yang sama seperti arwah ayahnya. Obito akhirnya berjaya meyakinkan Kakashi bahawa ayahnya telah melakukan perkara yang benar. Kakashi berkeputusan untuk menyertai misi menyelamatkan Rin.
Dalam cubaan tersebut, mata kiri Kakashi tercedera. Untuk melindungi Kakashi, Obito berjaya membangunkan Sharingan dan membunuh ninja yang mencederakan Kakashi. Selepas membebaskan Rin daripada genggaman ninja Iwagukure, Obito sekali lagi menyelamatkan Kakashi dengan menolaknya daripada bahaya apabila bumbung gua mula runtuh. Malang sekali, Obito dihempap oleh batu besar dalam tindakannya menolak Kakashi. Obito mengarahkan Rin (seorang ninja perubatan) memindahkan mata Sharingannya ke dalam soket mata Kakashi yang rosak. Sharingan Kakashi kini membalas dendam atas kematian Obito dengan membunuh ninja lawan dengan Chidori (Kakashi boleh melihat gerak geri lawan sambil menjana Chidori dengan bantuan Sharingan).
Kematian Obito merubah prinsip hidup Kakashi, malah Kakashi kini mengamalkan beberapa ciri kehidupan Obito. Salah satunya ialah ketegasannya terhadap konsep kerjasama seperti mana yang ditunjukkan dalam ujian pengesanan untuk membolehkan ninja rookie menjadi pelajarnya. Dia menggunakan loceng untuk menguji pelajar-pelajarnya; ketiga-tiga mereka harus merampas dua biji loceng yang digantung di pinggangnya. Hanya mereka yang berjaya memperoleh loceng tersebut akan lulus. Maka semestinya salah seorang daripada tiga pelajar akan gagal dan dihantar balik ke Akademi. Tetapi, peraturan ujian ini hanyalah perkataan semata-mata dan tidak dimaksudkan; Kakashi mahu mereka faham bahawa kerjasama mesti diusahakan bersama dan kadang kala, peraturan juga harus dilanggar. Pasukan 7 merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya dalam ujian ini. Kakashi juga mewarisi sikap Obito yang selalu lewat ke perjumpaan tetapi hal ini diakibatkan oleh rutinnya melawat pusara Obito setiap hari.
Keupayaan
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Sakura, Kakashi ialah shinobi termahir dalam teknik ninja di Konoha dan juga merupakan Jonin terkuat di kampungnya (merujuk kepada buku data manga). Kakashi lebih tertumpu kepada ninjutsu. Biasanya, dia akan meniru jurus pihak lawan dan menggunakannya semula terhadap mereka. Kakashi juga mahir mengendalikan genjutsu seperti yang diperlihatkan dalam ujian loceng dengan Pasukan 7. Naruto juga pernah mengakui bahawa taijutsu Kakashi jauh lebih hebat daripada Rock Lee yang juga amat berkemahiran dalam bidang tersebut. Kakashi mempunyai afiniti semula jadi terhadap elemen kilat. Jadi tidak hairanlah bahawa Kakashi pernah dilihat menggunakan beberapa jurus berelemen kilat seperti Chidori.
Kakashi mempunyai kumpulan Ninken atau 'anjing ninja' peribadi yang boleh diseru ke dalam pertarungan melalui 'Teknik Penyeruan'. Anjing-anjing peliharaannya dilatih oleh Kakashi sendiri dan anjing terkecil, Pakkun boleh bertutur. Kakashi menggunakan mereka untuk menjejaki sesuatu subjek tetapi mereka juga boleh menyerang pihak lawan seperti yang ditonjolkan dalam pertarungan dengan Momochi Zabuza; Kakashi mengarahkan mereka menyerang Zabuza melalui bau darah Kakashi pada pedang Zabuza.
Hampir kesemua teknik dan jurus yang dipelajarinya ditiru kecuali jurus terhebatnya, Chidori yang merupakan ciptaan tunggalnya. Versi terkini dikenali sebagai Raikiri kerana jurus itu dikatakan berjaya membelah panahan kilat. Versi ini adalah lebih berkuasa dan memerlukan daya mengawal chakra yang lebih tinggi.
Mata Sharingannya membolehkan Kakashi meniru jurus dan teknik pihak lawan di samping mengagak tindak-tanduk pihak lawan dengan sempurna. Oleh sebab mata Sharingan ini pada asalnya bukan kepunyaannya, ia sentiasa aktif. Bagi seorang Uchiha, hal ini tidak mendatangkan kemudaratan tetapi Kakashi yang bukan berdarah Uchiha terpaksa menggunakan lebih banyak chakra semasa menggunakan Sharingan. Untuk mengatasi masalah ini, Kakashi menutup mata kirinya dengan pelindung dahi dan menggunakan Sharingan dalam pertarungan yang benar-benar berisiko tinggi. Tahap penggunaan Sharingan Kakashi adalah sebaik Uchiha Itachi tetapi impak negatif Sharingan terhadap tubuh Kakashi menyebabkan Kakashi lebih lemah secara relatif.
Dalam Bahagian Kedua, Kakashi berjaya membangunkan Mangekyou Sharingan yang fungsinya agak berlainan dengan Sharingan Itachi. Kakashi berupaya memanipulasikan masa serta ruang dan jika difokuskan boleh digunakan sebagai teknik jarak jauh. Dengan versi Sharingan yang lebih hebat ini, Kakashi berjaya memindahkan tangan kanan Deidara ke dimensi lain. Kemudian, apabila klon Deidara cuba meletupkan dirinya untuk membunuh orang di sekitarnya, sekali lagi Kakashi menggunakan Mangekyou Sharingan untuk memindahkan klon tersebut ke dimensi lain. Mangekyou Sharingan amat meletihkan Kakashi dan menyebabkannya terbaring di hospital selama beberapa minggu setelah menggunakannya selama tiga kali.
Uchiha Sasuke.
Sebagai seorang ninja Genin, Uchiha Sasuke adalah bijak secara semula jadi dan merupakan ahli kepada keluarga yang berpengaruh suatu masa dahulu iaitu keluarga Uchiha. Sebagai salah satu keluarga yang mashyur di Konoha, keluarga Uchiha dikenali kerana memiliki kekkei genkai Sharingan dan kebolehan untuk menguasai jurus berelemen api, bersesuaian dengan nama negara tempat mereka menetap iaitu Negara Api. Seperti ahli keluarga yang lain, Sasuke mempunyai afiniti terhadap jurus berelemen api. Keluarga Uchiha juga mengasaskan kuasa polis di Konoha. Sasuke ialah salah seorang daripada dua Uchiha yang terselamat daripada perisitiwa pembunuhan ngeri beramai-ramai.
Zaman awal kanak-kanak
Sebagai anak bongsu kepada ketua pasukan polis Konoha, Sasuke membesar di bawah bayang-bayang abangnya, Itachi. Itachi pula merupakan seorang genius yang berjaya menamatkan pengajian dengan sangat cemerlang pada usia 7 tahun, menguasai Sharingan pada usia 8 tahun, menjadi Chunin pada usia 10 tahun dan mengetuai pasukan ANBU pada usia 13 tahun. Oleh itu, keluarga Uchiha amat memandang berat terhadap Itachi dan menganggapnya sebagai medium mempererat hubungan antara keluarga Uchiha dengan Konoha. Ayah Sasuke juga memberi perhatian yang istimewa terhadap Itachi. Itachi pula selalunya bergelora dengan konflik dalaman dan mengambil berat terhadap adiknya Sasuke; Itachi suka mengambil tahu tentang perkembangan Sasuke sebagai seorang ninja walaupun ayah mereka tidak berbuat sedemikian. Tetapi, Itachi jarang menemani Sasuke. Setelah Sasuke memulakan pengajian di Akademi Ninja, Sasuke masih merasakan dirinya jauh lebih lemah daripada abangnya. Walaupun sering lulus dengan cemerlang dan menduduki tempat teratas dalam kelas, ayah Sasuke tidak menghargai kejayaan anak bongsunya. Sebaliknya, dia lebih mementingkan kejayaan Itachi. Itachi dapat merasakan impian membara Sasuke yang ingin mendahului Itachi. Maka, Itachi berkata, "Kita ialah adik-beradik yang unik. Aku adalah benteng yang mesti kauatasi. Dengan ini, kau dan aku akan terus wujud bersama-sama."
Sasuke kemudiannya pengsan dan sedar semula di hospital Konoha. Di sana, dia terdengar perbualan penduduk kampung tentang pembunuhan ngeri keluarganya. Dia melarikan diri dari hospital secara diam-diam untuk melawat tempat tinggalnya sambil mengenang semula saat-saat manis dengan keluarganya. Sasuke kemudiannya menangis apabila sampai ke tempat ibu bapanya dibunuh oleh Itachi di hadapan matanya. Kemudian, Sasuke pergi ke tokong Nakano dan menjumpai rahsia Sharingan yang dijanjiikan Itachi. Mulai saat itu, hidup Sasuke ditumpukan kepada satu matlamat iaitu membunuh Itachi demi membalas dendam.
Hubungan Itachi dengan ayahnya menjadi semakin renggang apabila Itachi disoal siasat oleh ahli Uchiha yang lain tentang kematian dan wasiat sahabat karibnya, Shisui. Apabila kelakuan Itachi menjadi semakin pelik, ayah Sasuke merapatkan dirinya dengan Sasuke. Dia mengajar Sasuke Katon: Gōkakyū no Jutsu, 火遁・豪火球の術, suatu jurus yang digunakan oleh keluarga Uchiha. Sasuke yang berusia 7 tahun berjaya menguasai jurus tersebut di hadapan ayahnya setelah berlatih selama seminggu. Pada ketika itu, ayahnya mengakui potensi Sasuke; biasanya hanya seorang dewasa dapat memperlihatkan jurus sedemikian dengan sempurna. Sasuke juga diberitahu bahawa dia boleh mengenakan pakaian berjata Uchiha di belakangnya dengan megah. Tetapi, Sasuke diberi amaran agar tidak mengikut jejak langkah Itachi.
Selepas peristiwa tersebut, Itachi membunuh setiap satu kaum keluarga Uchiha kecuali Sasuke. Itachi mengatakan bahawa adalah tidak berbaloi untuk mengambil nyawa Sasuke. Tambahan pula, Itachi berkata, "Kau selalu mahu mendahuluiku. Jadi, kau kubiarkan hidup." Itachi juga membongkar lokasi rahsia tempat keluarga Uchiha berjumpa dan bermesyuarat kerana di situ tersimpan sejarah sebenar keluarga Uchiha dan fungsi Sharingan.
Dia merupakan salah seorang penguna mangekyo sharingan selain Kakashi dan Itachi selain Uchiha Madara. Dia meninggalkan Konoha untuk pergi berlatih dengan Orochimaru tanpa mengetahui Orochimaru berhasrat menggunakan tubuhnya untuk mendapatkan kehidupan yang abadi. Dia juga berjaya mencipta chidori terbaru yang berupaya seperti pedang. Ini terbukti apabila dia berjaya membunuh Orochimaru. selepas membunuh orochimaru dia menggunakan kuasa ular putih orochimaru. Itachi telah memberikan kuasa sharingan nya kepada sasuke.Ini membolehkan sasuke menggunakan amaterasu untuk membela dirinya daripada gangguan Uchiha Madara@Tobi.Semasa bertarung dengan KillerBee(jincurik kerbau berokor lapan),dua kali sasuke mengalami kecederaan parah dan dirawat oleh Karin dan Jirobuo.Sasuke merasakan dirinya lemah dan tak mampu untuk mempertahankan kawan2nya.Akhirnya dia menggunakan amaterasu dan berjaya menewaskan KillerBee dengan hanya sekali pandang.
Sakura Haruno.
Pada awalnya, Sakura ialah ninja Genin dan merupakan pelajar kepada Hatake Kakashi dan juga rakan sepasukan Uzumaki Naruto dan Uchiha Sasuke. Stamina dan bakat keseluruhan Sakura sebagai ninja adalah rendah. Jika dilihat dalam siri anime, Sakura hanya menggunakan beberapa jurus mudah. Jurus pada peringkat tertinggi yang digunakannya ialah membengkalai genjutsu. Kekuatan utama Sakura adalah kebijaksanaan dan daya mengawal chakra yang tinggi. Sakura berjaya memanjat pokok dengan hanya menggunakan chakra pada cubaan pertama; Sasuke dan Naruto pula terpaksa meluangkan masa beberapa hari untuk berjaya.
Tetapi masalah Sakura ialah dia seorang yang terlalu obsesi dengan Sasuke, sering bergaduh dengan Ino dan sangat emosional tanpa sebab.
Uzumaki Naruto.
Naruto merupakan satu siri manga yang dihasilkan oleh seorang kartunis bernama Masashi Kishimoto yang mana turut mempunyai rancangan animeatau animasi televisyen tersendiri dengan judul yang sama. Berkisarkan tentang watak utama yang bernama Uzumaki Naruto, seorang pemuda yang bersikap nakal, hiperaktif dan penduduk di sekitar kampung tidak menyukainya. Naruto bercita-cita untuk menjadi seorang Hokage iaitu satu gelaran yang diberikan untuk Kage atau ketua ninja, selaku ninja terkuat di sesebuah kampung dengan harapan untuk lupakan tanggapan buruk terhadap masyarakat sekitar terhadap dirinya
Manga ini membuat kemunculan sulungnya pada tahun 1999 dan telah diterbitkan oleh Shueisha di dalam majalah Shōnen Jump isu ke-43. VersiBahasa Inggeris pula telah diterbitkan oleh Viz Media di dalam Shōnen Jump versi Amerika, di mana ia menjadi jualan siri manga tertinggi syarikat tersebut. Di Malaysia, siri manga Naruto versi Bahasa Melayu telah diterbitkan oleh Comics House.
Siri anime Naruto pula telah diterbitkan oleh Pierrot dan Aniplex Inc., telah membuat kemunculan sulungnya di seluruh rangkaian televisyen di Jepuntermasuklah di rangkaian Animax pada 3hb Oktober 2002, di mana ianya masih lagi ditayangkan. Naruto juga membuat kemunculan sulung di dalam rangkaian Cartoon Network, Amerika pada 10hb September 2005 dan di rangkaian YTV, Kanada pada 16hb September 2005. Manakala, kemunculan siri ini di United Kingdom telah bermula pada 22hb Julai 2006 di rangkaian Jetix dan kemunculan di Australia dalam rangkaian Toasted TV pada 12 Januari 2007. Di Malaysia, siri ini mula ditayangkan dalam rangkaian Astro Ria pada tahun 2004 dan juga dirangkaian TV3 pada tahun 2005. Di TV3sekarang bersiaran pada hari Jumaat pada pukul 7 petang. Kemasyhuran siri Naruto ini sering kali diperbandingkan dengan pencapaian siri manga/anime klasik seperti Dragon Ball hasil karya Akira Toriyama.
Perkembangan dan Populariti
Perkembangan dan populariti siri ini boleh disamakan dengan populariti yang dicapai oleh satu lagi siri popular bergenre aksi seperti siri Dragon Ball hasil karya Akira Toriyama yang muncul dalam majalah mingguan Shōnen Jump di Jepun. Sejak kemunculannya, banyak laman-laman web peminat tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan yang mana kebanyakan laman-laman web ini mengandungi dan memberikan samada informasi terperinci, panduan dan juga forum-forum yang berkaitan dengan siri tersebut. Sesetengah daripada laman web popular yang terawal, mensasarkan kepada para penggemar berbahasa Inggeris dan ini berlaku sejurus sahaja kemunculan pertama manga edisi bahasa Inggeris diterbitkan pada Ogos 2003. Seperti mana kebanyakkan siri manga yang lain, siri ini turut juga mengakibatkan kemunculan koleksi kad permainannya yang tersendiri.
Sejajar dengan kemunculan tayangan perdana siri animasi ini di Amerika Utara pada tahun 2005, beberapa laman web peminat telah melakukan penterjemahan ke dalam bahasa Inggeris (bahasa asal adalah bahasa Jepun) dan memberikan kelebihan untuk memuat turun fail-fail tersebut secara percuma di internet. Walaupun sesetengah pihak menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang salah, namun oleh kerana permintaan terlampau tinggi daripada peminat-paminat membuatkan proses menterjemah siri ini dari bahasa Jepun ke bahasa Inggeris diteruskan. Siri ini mendapat sambutan hangat oleh peminat-peminatnya di serata dunia. Contohnya, isu 7 siri ini telah memenangi Quill Award untuk grafik terbaik di dalam sesebuah novel di Amerika Utara. Manakala dalam rangkaian televisyen TV Asahi Corporation di Jepun telah menyenaraikan siri animasi Naruto di tangga ke-17 di dalam carta/ranking 100 animasi terbaik mereka. Di Malaysia, terjemahan dan bahan-bahan dari siri ini boleh didapati dengan mudah.
Maklumat Siri Animasi
Lihat juga: Senarai episod Naruto: Asal, Senarai episod Naruto: Shippuden dan Senarai media Naruto
Walaupun kemunculan sulung siri animasi Naruto disiarkan agak lewat selepas kemunculan manganya, namun jalan cerita siri animasi dapat mengikuti sejajar perkembangan siri manga. Ini adalah kerana, sesetengah babak dalam siri animasi merangkumi beberapa babak berturutan dalam siri manga. Untuk mengelakkan berlakunya penindihan jalan cerita di antara animasi dan manga, pengarah animasi selalunya akan menambahkan atau memanjangkan sedikit jalan ceritanya berbanding apa yang berlaku dalam siri manga. Contohnya, dengan memasukkan sedikit "filler" atau plot jalan cerita sampingan, penyusunan jalan cerita yang kadangkala tidak mengikut susunan jalan cerita siri manga dan menonjolkan beberapa babak pertarungan pendek. Ketika hampir tamatnya jalan cerita Misi Menyelamatkan Sasuke di dalam siri animasi (Episod 135), ia telah berada di satu tahap di mana siri animasi sudah hampir dengan episod jalan cerita di dalam siri manga. Sebaik sahaja jalan cerita tersebut tamat, siri animasi kemudiannya ditukar kepada jalan cerita sampingan untuk animasi sahaja (tiada berkaitan dengan jalan cerita di dalam siri manga) untuk membenarkan siri manga mendahului sekali lagi jalan cerita siri tersebut. Siri yang berteraskan plot jalan cerita sampingan ini mempunyai 85 episod dan terkandung dalam siri animasi pertama.
Apabila jalan cerita siri animasi telah kembali sejajar jalan cerita siri manga, tajuknya telah diubah dan ianya telah dinamakan sebagai Naruto: Shippūden dan siri terbaru ini telah mula ditayangkan pada 15 Februari 2007.
Namun, secara umumnya, siri animasinya masih lagi berteraskan apa yang dipaparkan dalam siri manga, cuma kadangkala terdapat sedikit perubahan kecil, samada dari segi penambahan atau pengurangan di dalam sesuatu plot (seperti punca kematian, kecederaan anggota badan, kecederaan lain dan sebagainya). Contohnya seperti paparan plot pertarungan antara Tenten dan Temari yang telah dipanjangkan di dalam siri animasi berbanding apa yang telah dipaparkan dalam siri manga. Bagi plot jalan cerita sampingan pula, ianya bertujuan untuk mengisi kekosongan atau sebagai penghubung di antara satu episod dengan episod yang lain di dalam manga. Ianya meliputi jangkamasa singkat plot-plot sebelum "Misi menyelamatkan Sasuke" dan plot-plot jalan cerita sebelum kemunculan siri Naruto: Shippūden. Dianya juga banyak mengketengahkan watak-watak sokongan dengan tujuan untuk memberikan lebih penampilan kepada watak-watak yang jarang kelihatan.
Kisah
12 tahun sebelum peristiwa yang menjadi tumpuan dalam siri ini, seekor Musang Syaitan Berekor Sembilan (Kyūbi no Yōko/九尾の妖狐) menyerang kampung Konohagakure atau lebih dikenali sebagai Konoha. Kyūbi atau namanya Kurama merupakan makhluk berekor yang kuat, di mana satu hayunan daripada salah satu ekornya mampu mengakibatkan tsunami dan meratakan gunung-ganang. Ia telah menyebabkan kejadian huru-hara dan mengakibatkan banyak kematian penduduk di kampung Konoha. Namum, kejadian itu terhenti apabila ketua yang memerintah Konoha iaitu Hokage Keempatmengalahkannya. Hokage Keempat dan isterinya telah mengorbankan diri untuk mengurung Kurama di dalam badan seorang bayi yang baru lahir. Apabaila jalan cerita semakin berkembang, di dapati bayi tersebut sebenarnya adalah anak kandung Hokage Keempat. Nama bayi tersebut adalah Uzumaki Naruto.
Satu perintah dibuat oleh Hokage Ketiga supaya penduduk kampung lain tidak boleh menyuarakan hal ini lagi, walaupun kepada anak mereka. Walau demikian, penduduk kampung masih mengenepikan Naruto seperti orang luar. Walaupun anak penduduk kampung tidak memahami sebab ibu bapa mereka membenci Naruto, mereka juga melayan Naruto seperti ibu bapa mereka dengan mengikut telunjuk perbuatan ibu bapa mereka. Akibatnya, Naruto membesar sebagai seorang anak yatim piatu yang tidak mempunyai kawan dan tidak dihargai. Dia tidak boleh memaksa orang berkawan dengannya, maka dia mencari perhatian dengan satu satunya cara yang dia tahu; melalui tipu helah dan kenakalan. Keadaan ini berubah apabila dia menamatkan pengajian di Akademi Ninja dengan mengunakan Teknik Pembahagi Bayang (多重影分身の術/Kage Bunshin no Jutsu), untuk menyelamatkan gurunya, Umino Iruka, daripada Mizuki.
Naruto mengekalkan satu keseimbangan antara drama dan komedi dengan aksi yang padat. Ia mengikuti perkembangan Naruto dan kawannya sebagai ninja, persahabatan antara mereka dan pengaruh latar belakang mereka terhadap perwatakan mereka. Naruto menjumpai dua kawan rapat dan rakan seperjuangan iaitu Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura, dua genin seumur dengan Naruto dan membentuk Pasukan 7 di bawah bimbingan seorang cikgu yang bernama Hatake Kakashi.
Naruto mementingkan perkembangan watak. Hampir kesemua peristiwa yang berlaku disebabkan keputusan, watak dan personaliti, sangat sedikit peristiwa berlaku kerana kebarangkalian rawak. Pada pertamanya, perkembangan watak Naruto, Sasuke dan Sakura. Kemudian, watak lain turut diperkembangkan, seperti Kakashi, Gai, Jiraiya, dan kawan-kawan Naruto yang lain.
Beberapa watak jahat juga muncul. Pertama, Orochimaru yang inginkan badan Sasuke sebagai badan barunya, kerana Orochimaru boleh menukar badan dan akhirnya dia telah dibunuh oleh Sasuke. Kedua, satu kumpulan yang dikenali sebagai Akatsuki mengejar Naruto untuk menangkap musang berekor sembilan yang terkandung dalam Naruto dan 8 ekor raksasa bertujuan untuk Tobi menghasilkan raksasa berekor sepuluh.
Langgan:
Catatan (Atom)