Ahad, 8 September 2013

Uchiha Sasuke.


     


  Sebagai seorang ninja Genin, Uchiha Sasuke adalah bijak secara semula jadi dan merupakan ahli kepada keluarga yang berpengaruh suatu masa dahulu iaitu keluarga Uchiha. Sebagai salah satu keluarga yang mashyur di Konoha, keluarga Uchiha dikenali kerana memiliki kekkei genkai Sharingan dan kebolehan untuk menguasai jurus berelemen api, bersesuaian dengan nama negara tempat mereka menetap iaitu Negara Api. Seperti ahli keluarga yang lain, Sasuke mempunyai afiniti terhadap jurus berelemen api. Keluarga Uchiha juga mengasaskan kuasa polis di Konoha. Sasuke ialah salah seorang daripada dua Uchiha yang terselamat daripada perisitiwa pembunuhan ngeri beramai-ramai.

Zaman awal kanak-kanak

      Sebagai anak bongsu kepada ketua pasukan polis Konoha, Sasuke membesar di bawah bayang-bayang abangnya, Itachi. Itachi pula merupakan seorang genius yang berjaya menamatkan pengajian dengan sangat cemerlang pada usia 7 tahun, menguasai Sharingan pada usia 8 tahun, menjadi Chunin pada usia 10 tahun dan mengetuai pasukan ANBU pada usia 13 tahun. Oleh itu, keluarga Uchiha amat memandang berat terhadap Itachi dan menganggapnya sebagai medium mempererat hubungan antara keluarga Uchiha dengan Konoha. Ayah Sasuke juga memberi perhatian yang istimewa terhadap Itachi. Itachi pula selalunya bergelora dengan konflik dalaman dan mengambil berat terhadap adiknya Sasuke; Itachi suka mengambil tahu tentang perkembangan Sasuke sebagai seorang ninja walaupun ayah mereka tidak berbuat sedemikian. Tetapi, Itachi jarang menemani Sasuke. Setelah Sasuke memulakan pengajian di Akademi Ninja, Sasuke masih merasakan dirinya jauh lebih lemah daripada abangnya. Walaupun sering lulus dengan cemerlang dan menduduki tempat teratas dalam kelas, ayah Sasuke tidak menghargai kejayaan anak bongsunya. Sebaliknya, dia lebih mementingkan kejayaan Itachi. Itachi dapat merasakan impian membara Sasuke yang ingin mendahului Itachi. Maka, Itachi berkata, "Kita ialah adik-beradik yang unik. Aku adalah benteng yang mesti kauatasi. Dengan ini, kau dan aku akan terus wujud bersama-sama."

Sasuke kemudiannya pengsan dan sedar semula di hospital Konoha. Di sana, dia terdengar perbualan penduduk kampung tentang pembunuhan ngeri keluarganya. Dia melarikan diri dari hospital secara diam-diam untuk melawat tempat tinggalnya sambil mengenang semula saat-saat manis dengan keluarganya. Sasuke kemudiannya menangis apabila sampai ke tempat ibu bapanya dibunuh oleh Itachi di hadapan matanya. Kemudian, Sasuke pergi ke tokong Nakano dan menjumpai rahsia Sharingan yang dijanjiikan Itachi. Mulai saat itu, hidup Sasuke ditumpukan kepada satu matlamat iaitu membunuh Itachi demi membalas dendam.  



        Hubungan Itachi dengan ayahnya menjadi semakin renggang apabila Itachi disoal siasat oleh ahli Uchiha yang lain tentang kematian dan wasiat sahabat karibnya, Shisui. Apabila kelakuan Itachi menjadi semakin pelik, ayah Sasuke merapatkan dirinya dengan Sasuke. Dia mengajar Sasuke Katon: Gōkakyū no Jutsu, 火遁・豪火球の術, suatu jurus yang digunakan oleh keluarga Uchiha. Sasuke yang berusia 7 tahun berjaya menguasai jurus tersebut di hadapan ayahnya setelah berlatih selama seminggu. Pada ketika itu, ayahnya mengakui potensi Sasuke; biasanya hanya seorang dewasa dapat memperlihatkan jurus sedemikian dengan sempurna. Sasuke juga diberitahu bahawa dia boleh mengenakan pakaian berjata Uchiha di belakangnya dengan megah. Tetapi, Sasuke diberi amaran agar tidak mengikut jejak langkah Itachi.

   Selepas peristiwa tersebut, Itachi membunuh setiap satu kaum keluarga Uchiha kecuali Sasuke. Itachi mengatakan bahawa adalah tidak berbaloi untuk mengambil nyawa Sasuke. Tambahan pula, Itachi berkata, "Kau selalu mahu mendahuluiku. Jadi, kau kubiarkan hidup." Itachi juga membongkar lokasi rahsia tempat keluarga Uchiha berjumpa dan bermesyuarat kerana di situ tersimpan sejarah sebenar keluarga Uchiha dan fungsi Sharingan.

    Dia merupakan salah seorang penguna mangekyo sharingan selain Kakashi dan Itachi selain Uchiha Madara. Dia meninggalkan Konoha untuk pergi berlatih dengan Orochimaru tanpa mengetahui Orochimaru berhasrat menggunakan tubuhnya untuk mendapatkan kehidupan yang abadi. Dia juga berjaya mencipta chidori terbaru yang berupaya seperti pedang. Ini terbukti apabila dia berjaya membunuh Orochimaru. selepas membunuh orochimaru dia menggunakan kuasa ular putih orochimaru. Itachi telah memberikan kuasa sharingan nya kepada sasuke.Ini membolehkan sasuke menggunakan amaterasu untuk membela dirinya daripada gangguan Uchiha Madara@Tobi.Semasa bertarung dengan KillerBee(jincurik kerbau berokor lapan),dua kali sasuke mengalami kecederaan parah dan dirawat oleh Karin dan Jirobuo.Sasuke merasakan dirinya lemah dan tak mampu untuk mempertahankan kawan2nya.Akhirnya dia menggunakan amaterasu dan berjaya menewaskan KillerBee dengan hanya sekali pandang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan