Ahad, 8 September 2013

Uzumaki Naruto.

Naruto  merupakan satu siri manga yang dihasilkan oleh seorang kartunis bernama Masashi Kishimoto yang mana turut mempunyai rancangan animeatau animasi televisyen tersendiri dengan judul yang sama. Berkisarkan tentang watak utama yang bernama Uzumaki Naruto, seorang pemuda yang bersikap nakal, hiperaktif dan penduduk di sekitar kampung tidak menyukainya. Naruto bercita-cita untuk menjadi seorang Hokage iaitu satu gelaran yang diberikan untuk Kage atau ketua ninja, selaku ninja terkuat di sesebuah kampung dengan harapan untuk lupakan tanggapan buruk terhadap masyarakat sekitar terhadap dirinya

     Manga ini membuat kemunculan sulungnya pada tahun 1999 dan telah diterbitkan oleh Shueisha di dalam majalah Shōnen Jump isu ke-43. VersiBahasa Inggeris pula telah diterbitkan oleh Viz Media di dalam Shōnen Jump versi Amerika, di mana ia menjadi jualan siri manga tertinggi syarikat tersebut. Di Malaysia, siri manga Naruto versi Bahasa Melayu telah diterbitkan oleh Comics House.

      Siri anime Naruto pula telah diterbitkan oleh Pierrot dan Aniplex Inc., telah membuat kemunculan sulungnya di seluruh rangkaian televisyen di Jepuntermasuklah di rangkaian Animax pada 3hb Oktober 2002, di mana ianya masih lagi ditayangkan. Naruto juga membuat kemunculan sulung di dalam rangkaian Cartoon NetworkAmerika pada 10hb September 2005 dan di rangkaian YTVKanada pada 16hb September 2005. Manakala, kemunculan siri ini di United Kingdom telah bermula pada 22hb Julai 2006 di rangkaian Jetix dan kemunculan di Australia dalam rangkaian Toasted TV pada 12 Januari 2007. Di Malaysia, siri ini mula ditayangkan dalam rangkaian Astro Ria pada tahun 2004 dan juga dirangkaian TV3 pada tahun 2005. Di TV3sekarang bersiaran pada hari Jumaat pada pukul 7 petang. Kemasyhuran siri Naruto ini sering kali diperbandingkan dengan pencapaian siri manga/anime klasik seperti Dragon Ball hasil karya Akira Toriyama.

Perkembangan dan Populariti


                     

         Perkembangan dan populariti siri ini boleh disamakan dengan populariti yang dicapai oleh satu lagi siri popular bergenre aksi seperti siri Dragon Ball hasil karya Akira Toriyama yang muncul dalam majalah mingguan Shōnen Jump di Jepun. Sejak kemunculannya, banyak laman-laman web peminat tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan yang mana kebanyakan laman-laman web ini mengandungi dan memberikan samada informasi terperinci, panduan dan juga forum-forum yang berkaitan dengan siri tersebut. Sesetengah daripada laman web popular yang terawal, mensasarkan kepada para penggemar berbahasa Inggeris dan ini berlaku sejurus sahaja kemunculan pertama manga edisi bahasa Inggeris diterbitkan pada Ogos 2003. Seperti mana kebanyakkan siri manga yang lain, siri ini turut juga mengakibatkan kemunculan koleksi kad permainannya yang tersendiri.

       Sejajar dengan kemunculan tayangan perdana siri animasi ini di Amerika Utara pada tahun 2005, beberapa laman web peminat telah melakukan penterjemahan ke dalam bahasa Inggeris (bahasa asal adalah bahasa Jepun) dan memberikan kelebihan untuk memuat turun fail-fail tersebut secara percuma di internet. Walaupun sesetengah pihak menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang salah, namun oleh kerana permintaan terlampau tinggi daripada peminat-paminat membuatkan proses menterjemah siri ini dari bahasa Jepun ke bahasa Inggeris diteruskan. Siri ini mendapat sambutan hangat oleh peminat-peminatnya di serata dunia. Contohnya, isu 7 siri ini telah memenangi Quill Award untuk grafik terbaik di dalam sesebuah novel di Amerika Utara. Manakala dalam rangkaian televisyen TV Asahi Corporation di Jepun telah menyenaraikan siri animasi Naruto di tangga ke-17 di dalam carta/ranking 100 animasi terbaik mereka. Di Malaysia, terjemahan dan bahan-bahan dari siri ini boleh didapati dengan mudah.



                         

Maklumat Siri Animasi

Lihat juga: Senarai episod Naruto: AsalSenarai episod Naruto: Shippuden dan Senarai media Naruto

Walaupun kemunculan sulung siri animasi Naruto disiarkan agak lewat selepas kemunculan manganya, namun jalan cerita siri animasi dapat mengikuti sejajar perkembangan siri manga. Ini adalah kerana, sesetengah babak dalam siri animasi merangkumi beberapa babak berturutan dalam siri manga. Untuk mengelakkan berlakunya penindihan jalan cerita di antara animasi dan manga, pengarah animasi selalunya akan menambahkan atau memanjangkan sedikit jalan ceritanya berbanding apa yang berlaku dalam siri manga. Contohnya, dengan memasukkan sedikit "filler" atau plot jalan cerita sampingan, penyusunan jalan cerita yang kadangkala tidak mengikut susunan jalan cerita siri manga dan menonjolkan beberapa babak pertarungan pendek. Ketika hampir tamatnya jalan cerita Misi Menyelamatkan Sasuke di dalam siri animasi (Episod 135), ia telah berada di satu tahap di mana siri animasi sudah hampir dengan episod jalan cerita di dalam siri manga. Sebaik sahaja jalan cerita tersebut tamat, siri animasi kemudiannya ditukar kepada jalan cerita sampingan untuk animasi sahaja (tiada berkaitan dengan jalan cerita di dalam siri manga) untuk membenarkan siri manga mendahului sekali lagi jalan cerita siri tersebut. Siri yang berteraskan plot jalan cerita sampingan ini mempunyai 85 episod dan terkandung dalam siri animasi pertama.

Apabila jalan cerita siri animasi telah kembali sejajar jalan cerita siri manga, tajuknya telah diubah dan ianya telah dinamakan sebagai Naruto: Shippūden dan siri terbaru ini telah mula ditayangkan pada 15 Februari 2007.

Namun, secara umumnya, siri animasinya masih lagi berteraskan apa yang dipaparkan dalam siri manga, cuma kadangkala terdapat sedikit perubahan kecil, samada dari segi penambahan atau pengurangan di dalam sesuatu plot (seperti punca kematian, kecederaan anggota badan, kecederaan lain dan sebagainya). Contohnya seperti paparan plot pertarungan antara Tenten dan Temari yang telah dipanjangkan di dalam siri animasi berbanding apa yang telah dipaparkan dalam siri manga. Bagi plot jalan cerita sampingan pula, ianya bertujuan untuk mengisi kekosongan atau sebagai penghubung di antara satu episod dengan episod yang lain di dalam manga. Ianya meliputi jangkamasa singkat plot-plot sebelum "Misi menyelamatkan Sasuke" dan plot-plot jalan cerita sebelum kemunculan siri Naruto: Shippūden. Dianya juga banyak mengketengahkan watak-watak sokongan dengan tujuan untuk memberikan lebih penampilan kepada watak-watak yang jarang kelihatan.

                                     

Kisah


12 tahun sebelum peristiwa yang menjadi tumpuan dalam siri ini, seekor Musang Syaitan Berekor Sembilan (Kyūbi no Yōko/九尾の妖狐) menyerang kampung Konohagakure atau lebih dikenali sebagai Konoha. Kyūbi atau namanya Kurama merupakan makhluk berekor yang kuat, di mana satu hayunan daripada salah satu ekornya mampu mengakibatkan tsunami dan meratakan gunung-ganang. Ia telah menyebabkan kejadian huru-hara dan mengakibatkan banyak kematian penduduk di kampung Konoha. Namum, kejadian itu terhenti apabila ketua yang memerintah Konoha iaitu Hokage Keempatmengalahkannya. Hokage Keempat dan isterinya telah mengorbankan diri untuk mengurung Kurama di dalam badan seorang bayi yang baru lahir. Apabaila jalan cerita semakin berkembang, di dapati bayi tersebut sebenarnya adalah anak kandung Hokage Keempat. Nama bayi tersebut adalah Uzumaki Naruto.

Satu perintah dibuat oleh Hokage Ketiga supaya penduduk kampung lain tidak boleh menyuarakan hal ini lagi, walaupun kepada anak mereka. Walau demikian, penduduk kampung masih mengenepikan Naruto seperti orang luar. Walaupun anak penduduk kampung tidak memahami sebab ibu bapa mereka membenci Naruto, mereka juga melayan Naruto seperti ibu bapa mereka dengan mengikut telunjuk perbuatan ibu bapa mereka. Akibatnya, Naruto membesar sebagai seorang anak yatim piatu yang tidak mempunyai kawan dan tidak dihargai. Dia tidak boleh memaksa orang berkawan dengannya, maka dia mencari perhatian dengan satu satunya cara yang dia tahu; melalui tipu helah dan kenakalan. Keadaan ini berubah apabila dia menamatkan pengajian di Akademi Ninja dengan mengunakan Teknik Pembahagi Bayang (多重影分身の術/Kage Bunshin no Jutsu), untuk menyelamatkan gurunya, Umino Iruka, daripada Mizuki.

Naruto mengekalkan satu keseimbangan antara drama dan komedi dengan aksi yang padat. Ia mengikuti perkembangan Naruto dan kawannya sebagai ninja, persahabatan antara mereka dan pengaruh latar belakang mereka terhadap perwatakan mereka. Naruto menjumpai dua kawan rapat dan rakan seperjuangan iaitu Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura, dua genin seumur dengan Naruto dan membentuk Pasukan 7 di bawah bimbingan seorang cikgu yang bernama Hatake Kakashi.

Naruto mementingkan perkembangan watak. Hampir kesemua peristiwa yang berlaku disebabkan keputusan, watak dan personaliti, sangat sedikit peristiwa berlaku kerana kebarangkalian rawak. Pada pertamanya, perkembangan watak Naruto, Sasuke dan Sakura. Kemudian, watak lain turut diperkembangkan, seperti Kakashi, Gai, Jiraiya, dan kawan-kawan Naruto yang lain.

Beberapa watak jahat juga muncul. Pertama, Orochimaru yang inginkan badan Sasuke sebagai badan barunya, kerana Orochimaru boleh menukar badan dan akhirnya dia telah dibunuh oleh Sasuke. Kedua, satu kumpulan yang dikenali sebagai Akatsuki mengejar Naruto untuk menangkap musang berekor sembilan yang terkandung dalam Naruto dan 8 ekor raksasa bertujuan untuk Tobi menghasilkan raksasa berekor sepuluh.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan